fb fb fb fb fb

Polis minta perakam video gaduh di Ipoh tampil bantu siasatan

(Tangkap layar FB Polis Daerah Ipoh)

IPOH, 25 Disember- Polis meminta individu yang merakam video tular pergaduhan dua lelaki menggunakan topi keledar di Taman Klebang Jaya, Chemor dekat sini, supaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mereka yang menyaksikan kejadian itu juga diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

“Kejadian itu dikatakan berlaku di Laluan Klebang Jaya 13, namun tarikh dan masa insiden itu berlaku masih belum dipastikan.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada individu yang merakam kejadian tersebut atau mana-mana saksi awam supaya berhubung dengan Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dijalankan.

"Masyarakat umum juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 20 saat itu tular selepas dimuatnaik di laman sosial Facebook ‘inforoadblock’ dengan memaparkan pergaduan dua lelaki menggunakan topi keledar di persimpangan jalan raya.

(Tangkap layar FB Polis Daerah Ipoh)

 

 

Media Baharu