fb fb fb fb fb

MCMTC saran satu agensi kendali proses pengambilan pekerja asing

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) bersetuju dengan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) agar satu agensi sahaja bertanggungjawab mengendalikan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing bagi memastikan kejelasan, ketelusan dan kecekapan yang lebih tinggi.

Presiden MCMTC, Callum Chen berkata, Malaysia masih bergantung kepada tenaga kerja asing dan kini proses mendapatkan tenaga kerja asing melibatkan pelbagai agensi.

“Setakat ini, memohon dan mendapatkan tenaga kerja asing memerlukan banyak masa, usaha dan kos untuk berurusan dengan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga Kerja di bawah KSM dan bagi mereka dalam bidang pembuatan melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya dalam satu kenyataan.

(Foto fail)

FMM baru-baru ini meminta kerajaan mengkaji semula keputusan untuk membahagikan peranan pengurusan pekerja asing antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Pihaknya berharap keseluruhan pemprosesan permintaan buruh perlu dikendalikan oleh KSM manakala KDN perlu memberi tumpuan kepada isu keselamatan, pengeluaran visa yang berkaitan serta langkah kawalan sempadan.

Media Baharu