fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Satu PPS dibuka, lima sungai berada pada tahap bahaya

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 27 November-Setakat pukul 6.00 pagi tadi jumlah penduduk yang terjejas kekal dengan satu PPS yang masih lagi beroperasi di Daerah Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan ketika ini PPS yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai menempatkan 41 penduduk daripada 10 keluarga.

Sementara itu terdapat Lima aras Sungai berada pada tahap bahaya, iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Kampung La, Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Telemong di Kuala Ping Hulu Terengganu Dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak Kemaman.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD