fb fb fb fb fb

RTM raih kejayaan di Anugerah CIDB 2024

Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) memenangi tempat pertama

KUALA LUMPUR, 26 November – Unit Dokumentari dan Majalah RTM (UMD RTM) memenangi tempat pertama dalam kategori Media Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian menerusi dokumentari bertajuk 'Dia - Dato Baharuddin Abu Kasim' hasil karya wartawan Rozihan Mohd Raji.

Rozihan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan RTM serta pasukan produksi dokumentari tersebut.

“Dokumentari ini bukan tugas mudah kerana melibatkan tokoh-tokoh yang memiliki prestij tersendiri,” katanya.

2611 CIDB AIN

RTM Perak turut menerima pengiktirafan dalam kategori Penyiaran Radio, yang diperkenalkan buat kali pertama pada anugerah itu.

Penerima Norahidah Abdul Rahim dan PERAK FM diwakili Nor Ain Abu Bakar, menerima hadiah merit.

“Kemenangan ini tidak dijangka, namun ia bukti keikhlasan dalam menghasilkan produk berkualiti yang bermanfaat kepada masyarakat dan penonton RTM,” kata Nor Ain kepada RTM selepas Anugerah Pembinaan CIDB 2024 di sebuah hotel di ibu negara, malam Selasa.

2611 CIDB PERAK

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam acara Malam Media Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Secara keseluruhan, 29 wartawan menerima anugerah utama manakala 11 wartawan menerima anugerah merit.

Ini sekali gus menjadikan malam itu satu penghargaan besar kepada pengamal media yang berbakti dalam bidang penyiaran dan pembinaan.

GRACE AISYAH KEDAYAN