fb fb fb fb fb

Lima negeri masih terjejas banjir

(Infografik NADMA)

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Penduduk terjejas banjir di seluruh negara merekodkan 12,622 orang daripada 3,847 keluarga setakat pukul 4.00 petang ini.

Angka itu mencatatkan penurunan berbanding seramai 16,606 orang daripada 5,129 keluarga pada tengah hari tadi.

Berdasarkan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 62 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima negeri.

Daripada jumlah itu, 7,148 orang daripada 2,301 keluarga di Kelantan kini ditempatkan di 19 PPS.

Sementara itu di Terengganu, sebanyak 30 PPS masih beroperasi untuk menempatkan 3,908 orang daripada 1,182 keluarga.

10 PPS di Sabah dibuka bagi menempatkan 1,363 orang daripada 316 keluarga, manakala satu PPS masing-masing dibuka di Sarawak dan Perak masih beroperasi dengan kurang 200 penduduk terjejas di setiap negeri.

"Sarawak dengan 141 orang daripada 34 keluarga, manakala Perak dengan 62 orang daripada 14 keluarga," menurut kenyataan itu.

(Foto fail)

Media Baharu