fb fb fb fb fb

Pesta Tanglung Langkawi kembali diadakan

LANGKAWI, 5 September- Setelah hampir dua tahun tidak melaksanakan aktiviti luar akibat pendemik COVID-19, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mula kembali rancak menganjurkan pelbagai aktiviti.

Di Langkawi, Kedah, Dewan Perhimpunan Cina Kedah cawangan Langkawi mengadakan perarakan Pesta Tanglung 2022 membabitkan penyertaan kira-kira 500 peserta.

Menurut Setiausahanya, Lee Kim Kak program bertujuan memperkenalkan keunikan budaya masyarakat majmuk di negara ini disamping mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai bangsa.

Ia juga bagi meningkatkan pemahaman orang ramai terhadap tradisi dan kebudayaan masyarakat Cina di negara ini.

"Ini salah satu tradisi masyarakat Cina yang disambut secara meriah antara komuniti dan semua persatuan-persatuan di Langkawi terlibat pada aktiviti malam ini," katanya.


(Setiausaha Dewan Perhimpunan Cina Kedah Lee Kim Kak)

Turut diadakan persembahan tarian singa, pameran kesihatan dan pameran aneka jenis tanglung.

Pesta Tanglung yang juga dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh atau Perayaan Kuih Bulan menandakan berakhirnya musim menuai.

Ia disambut pada hari ke-15 dalam bulan lapan kalendar lunar ketika bulan mengambang.

Media Baharu