fb fb fb fb fb

Kempen WCare: Saringan kanser percuma kepada anggota wanita PDRM

KUALA LUMPUR, 5 September- Lebih 24,000 anggota dan pegawai wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memanfaatkan saringan kanser pangkal rahim HPV DNA dan payu dara (ujian mamogram) secara percuma di seluruh negara.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun program Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita WCare merupakan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran kanser.

"Mereka juga perlu untuk diberikan kemudahan untuk membuat pemeriksaan, apabila program ini dijalankan di pihak LPKKN kita akan turun ke negeri-negeri untuk memberi taklimat dan pemeriksaan.

"Kita akan memulakan dulu kepada mereka yang mempunyai risiko yang tinggi sebagai contoh mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan juga yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah mempunyai kanser tersebut," katanya.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun)

Rina memaklumkannya selepas merasmikan Kempen WCare di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut menyambut baik usaha meningkatkan kesedaran pencegahan awal kanser dalam kalangan anggota wanita PDRM.


Media Baharu