fb fb fb fb fb

Pesta makanan tradisional 2022 tawar keunikan juadah tradisi melayu

SERDANG, 7 Disember- Pesta Makanan Tradisional 2022 penganjuran pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Ini merupakan salah satu program yang berlangsung bertemakan Herba dan Rempah Ratus dalam Tradisi Masakan Melayu.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk WIra Dr. Abdul Latif Abu Bakar program dianjur bagi mengetengahkan warisan tradisi makanan tempatan dan program yang dilaksanakan ini penting dari segi ilmu kepada orang ramai terutama pelajar kerana sekali gus membantu mereka menghayati warisan makanan Melayu.


(Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk WIra Dr. Abdul Latif Abu Bakar)

Program ini juga bagi mendedahkan orang ramai tentang penyediaan makanan tradisional Melayu yang kian dilupakan serta kepentingan herba dan rempah ratus sebagai perasa dalam masakan orang ramai terutama golongan belia dapat menghayati keunikan terbabit.

"Jadi saya rasa UPM patut berterusan, sesuai dengan universiti yang melibatkan pemakanan, pertanian dan universiti yang mementingkan ilmu dan saya gembira apabila universiti ini turut menghayati, mewarisi adat warisan budaya kita," katanya.

Pengunjung yang ditemui mengakui pesta makanan itu memberi peluang kepada mereka mengetahui tentang makanan tradisional.

"Ada pelajar yang tidak tahu, ada herba yang kita tahu dan ada herba yang kita tidak tahu, jadi bila adakan program sebegini kita dapat maklumat-matlumat dengan lebih mendalam tentang sesuatu herba atau pun rempah-rempah masakan dalam masakan melayu," kata pelajar UPM, Farah Syahira Azlan.

"Pada pendapat saya budaya sangat berkait rapat dengan makanan, jadi kalau kita kenali makanan tradisional melayu, kita dapat kenali apa itu adat tradisional melayu," kata pelajar UPM, Aiman Najmi Mat Rosani.

Selain pameran, pengunjung turut berpeluang mengikuti demonstrasi masakan dan menyertai pertandingan memasak juadah Melayu. 

Program itu dimeriahkan dengan lebih 30 reruai serta pelbagai pengisian menarik bersifat informatif dan santai kepada semua pengunjung dan penuntut UPM.

Antara acara yang menarik disajikan hari ini termasuklah penampilan khas Pak Tam Ketupat, pemegang Malaysia Book of Records bagi anyaman pelbagai jenis ketupat, selain acara santai bersama pelakon dan pempengaruh, Daphne Iking.

Media Baharu