fb fb fb fb fb

PDRM terima 30 bot penyelamat untuk misi bencana banjir

PUTRAJAYA, 7 Disember- Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbesar hati menerima sumbangan bantuan misi bencana banjir daripada 7 Eleven Malaysia Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali yang membacakan teks ucapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sumbangan diterima membabitkan 30 buah bot penyelamat, 30 buah enjin dan 300 helai jaket keselamatan selain barangan keperluan asas.


(Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali)

"Mewakili seluruh warga PDRM saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 7 eleven atas sumbangan yang diberikan kepada PDRM sesungguhnya kesediaan pihak 7 eleven menjalankan tanggungjawab sosial korporat ini amatlah kami hargai dan perlu di contohi oleh badan-badan korporat yang lain serta NGO-NGO berkaitan,"katanya ketika berucap sempena Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan misi bencana banjir di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Putrajaya.

Tambahnya, sumbangan itu amat signifikan dan membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan PDRM khususnya dalam operasi banjir.

Bot-bot tersebut akan diagihkan kepada beberapa jabatan melibatkan Unit Tindakan Khas, 69 Komando, Pasukan Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am.


Media Baharu