ROMPIN, 7 Disember- Seorang ibu hamil, Nursyafawati Abu Bakar, 31 bersemangat turun mengundi walau sarat mengandung.
Tanggungjawab itu ditunaikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri dengan ditemani kakaknya.
Bagi Pilihan Paya Umum Ke-15 (PRU15), ia merupakan kali ke-3 Nursyafawati mengundi.
Beliau amat berharap agar calon yang memenangi kerusi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman dapat membangunkan kawasan itu seperti pembangunan yang telah dilakukan di DUN Muadzam Shah.
Katanya, perubahan tersebut tidak perlu drastik, namun secara berperingkat bagi kemudahan penduduk tempatan.
(Nursyafawati Abu Bakar ditemani kakaknya)