fb fb fb fb fb

Musim banjir, waspada penyakit bawaan air

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Risiko jangkitan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, kolera dan tifoid dijangka bertambah sepanjang musim banjir.

Menurut Pakar Klinikal Penyakit Berjangkit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Sazali Basri, orang ramai perlu terus berwaspada terutamanya penduduk di kawasan terlibat banjir, untuk mengelak penularan.

Sazali berkata air banjir dicemari dengan pelbagai jenis bakteria berbahaya.

Penduduk di kawasan terjejas perlu menjaga kebersihan.


(Sazali berkata air banjir dicemari dengan pelbagai jenis bakteria berbahaya)

"Penduduk perlu menjaga kebersihan daripada semua aspek termasuk dari segi pemakanan. Buah-buahan perlu dikupas agar kita tidak dijangkiti kuman daripada luar. Kawasan persekitaran juga perlu terus dijaga, terutamanya daripada nyamuk dan tikus yang boleh membawa penyakit berbahaya," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.

Media Baharu