fb fb fb fb fb

Pesakit buah pinggang terima sumbangan Aidilfitri daripada YSB

ALOR SETAR, 17 April- Seramai 42 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Hemodialisis Tunku Sarina menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).

Sumbangan disampaikan Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi YSB, Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Tunku Temenggong Kedah turut berkenan menyampaikan kuih raya kepada 17 petugas pusat rawatan tersebut.

(Tunku Temenggong Kedah berkenan hadir ke Pusat Rawatan Hemodialisis Tunku Sarina
untuk menyampaikan sumbangan kepada pesakit)

Pusat Rawatan Hemodialisis Tunku Sarina beroperasi sejak tahun 2006 dengan usahasama YSB dan Yayasan EMKAY.

Ianya dilengkapi dengan 12 buah unit mesin dialisis dan bayaran dikenakan berdasarkan kemampuan pesakit.

Media Baharu