fb fb fb fb fb

Perwakilan, ahli parti perlu fahami pembentukan persefahaman politik baharu

(Datuk Seri Mohamad Hassan (tengah) menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang berlangsung di WTCKL/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan perwakilan dan ahli-ahli parti agar memahami pembentukan persefahaman politik baharu yang dilalui parti dalam Kerajaan Perpaduan hari ini.

Persefahaman politik dalam Kerajaan Perpaduan hari ini harus berpegang kepada kerjasama yang muhibbah demi memajukan negara. 


(Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan)

"UMNO mesti meneroka jalan baharu ini. Jalan yang lebih progresif. Pendekatan yang lebih moden, lebih kontemporari. Bekerjasama dengan ‘new partners with different perspectives’ demi sebuah negara yang berkemajuan, aman damai dan stabil.

"Maknanya, kita mesti bergerak ke hadapan dari titik ini. Membuka ruang untuk bekerjasama. Lalu, saya mencadangkan kepada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri untuk menggunakan perhimpunan kali ini, sebagai wadah memberikan saranan, bagaimana kita harus mengemudi masa depan kita, dengan rakan-rakan politik kita dalam Kerajaan Perpaduan ini", katanya.

Dalam ucapan Perasmian serentak Perhimpunan Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, beliau turut menyeru generasi muda parti meneruskan perjuangan bangsa serta meneruskan cita-cita nasional dan aspirasi kebangsaan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bermula hari ini dan persidangan akan berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Media Baharu