(Foto fail)
PUTRAJAYA, 7 Jun- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumum esok.
Calon boleh mendapatkan keputusan mulai 10.00 pagi di sekolah masing-masing.
Kementerian Pendidikan dijangka mengadakan sidang media pada 9.00 pagi.
Ikuti siaran langsung sidang media tersebut menerusi saluran TV1 dan Berita RTM.
Lebih 400,000 calon menduduki peperiksaan SPM 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
(Foto fail)