KUALA NERUS, 13 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta kepada penduduk terjejas banjir di Terengganu.
Sebelum ini kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan dengan jumlah yang sama awal tahun ini.
Jumlah Itu menjadikan keseluruhan bantuan Kepada penduduk terjejas banjir di Terengganu berjumlah RM100 juta.
"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, duit bantuan tidak cukup.
"Jadi malam ini saya tambah lagi RM50 juta, jadi keseluruhannya RM100 juta. Saya tahu berlaku kelewatan bantuan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan minta pihak berkaitan perhalusi segera bantuan," katanya pada ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).
(Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA)