KUALA NERUS, 13 Mei - Sebanyak 1,600 Bakul Rahmah diagihkan kepada kumpulan sasar di sekitar Kuala Terengganu.
Inisiatif itu selari dengan konsep Madani yang mengutamakan kesejahteraan rakyat menerusi elemen kasih sayang dan kebajikan tanpa ada yang terpinggir, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Lebih 80,000 ketua isi rumah daripada kumpulan miskin tegar dan golongan sasar menerima manfaat menerusi inisiatif Bakul Rahmah yang dilancarkan pada 27 Februari lalu secara berperingkat di seluruh negara.
Sasaran seramai 130,000 penerima bagi fasa satu dijangka akan selesai diagihkan dalam masa terdekat.
"Kita menggunakan mekanisme yang ada e-kasih ada juga laporan data daripada kebajikan masyarakat, kita juga ada data KPDN sendiri dan dan lebih daripada itu kita juga menggunapakai senarai yang dikemukakan wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perlimen mereka lebih tahu isi rumah yang perlu mereka bantu," kata Salahuddin di sini.
(FOTO HIASAN)
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan "Flag Off" Lori Rahmah peringkat Negeri Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Nerus.