fb fb fb fb fb

Peruntukan tambahan RM50 juta bukti kecaknaan kerajaan Persekutuan

(Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar)

KUALA TERENGGANU, 15 Mei- Kerajaan Terengganu menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelbagai bantuan yang disalur kepada negeri yang ditadbir pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata penyaluran peruntukan itu membuktikan kerajaan Persekutuan tidak pilih kasih.

Beliau turut menyifatkan peruntukan itu sebagai kesudian kerajaan Persekutuan meneruskan semua projek yang dirancang, merangkumi projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan pemuliharaan muara Sungai Merang bernilai RM239 juta.

"Kita ucap terima kasih kerana itu untuk keperluan rakyat negei Terengganu. Sebarang (projek) yang dilaksana adalah untuk rakyat di Terengganu," kata Ahmad Samsuri kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata peruntukan tambahan RM50 juta yang diumum Sabtu lalu bagi membantu mangsa banjir juga membuktikan kecaknaan kerajaan Persekutuan.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata peruntukan tambahan RM50 juta bukti kecaknaan
kerajaan Persekutuan)

Media Baharu