fb fb fb fb fb

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dicadang diadakan di peringkat negeri

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada
Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini/ Foto BERNAMA)

CYBERJAYA, 15 Mei - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berjaya mewujudkan keserasian dalam kalangan pemimpin utama parti.

Justeru Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar ia diadakan di peringkat negeri.

Syor itu juga dilihat dapat memberi ruang kepada lebih ramai akar umbi parti menyuarakan pandangan mereka.

"Saya lihat bahawa harus ada tindakan susulan, di mana saya yakin konvensyen peringkat negeri dicadangkan supaya diadakan, supaya akar umbi dapat turut menyertai dan bukan hanya mendengar, tapi mungkin boleh beri pandangan yang pelbagai untuk mewarnai kepelbagaian, maksud kita harus buka kepada masa untuk menyertainya,"


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas
menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini/ Foto BERNAMA)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023, di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut menyatakan soal kemajmukan merupakan satu hakikat di Malaysia, justeru kepelbagaian, agama dan budaya harus disantuni untuk meraikan perbezaan antara satu sama lain.

Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali berjaya menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Media Baharu