fb fb fb fb fb

Kemas kini operasi pembersihan musim panas kering

KUALA TERENGGANU, 15 Mei- Semua operator dan kontraktor pembersihan dinasihatkan agar mengemas kini tatakerja operasi mereka ketika musim panas kering.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Roziah Abni Hajar berkata aktiviti pembakaran terbuka di dalam kawasan sekolah mahupun mana-mana premis awam perlu dielak.

"Macam yang dikatakan tadi, SOP mereka itu perlu diubah. Mngkin sampah yang dilonggokkan perlu dinaikkan ke lori dan di bawa ke tempat pusat pelupusan sampah dan bukan dibakar di kawasan tersebut," kata beliau.

Jelasnya mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi setiap kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan kompaun RM2,000 dan denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

(Roziah berkata kemas kini operasi pembersihan musim panas kering)

Media Baharu