fb fb fb fb fb

Melaka kemuka permohonan panjangkan landasan LTAM

BATU BERENDAM, 15 Mei- Kerajaan negeri Melaka akan mengemukakan permohonan yang baharu bagi memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.
 
Demikian menurut Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
 
"Lapangan terbang Malaysia dan lapangan terbang Melaka perlu buat kajian semula berhubung pemanjangan landasan. Jadi, kos itu belum lagi dapat secara terperinci.

Kalau 10 tahun lepas, kosnya hampir RM2 juta," kata Hameed kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Wings Air ke Melaka 2023 di LTAM, di sini.

Tambahnya, pihaknya akan membentangkan laporan penuh berkaitan infrastruktur, fasiliti dan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan lain kepada kerajaan negeri, Khamis ini.
 
Wings Air memperkenalkan laluan daripada LTAM ke Pekan Baru, Indonesia pada setiap hari menggunakan pesawat ATR-72.


(Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri,
Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer)

Media Baharu