(Foto Twitter Khairy Jamaluddin)
KUALA LUMPUR, 29 September- Peruntukan mengubah suai akan diluluskan segera bagi Klinik Kesihatan Dengkil untuk membolehkan klinik itu ditambah baik menjadi lebih luas dan selesa.
Peruntukan itu disediakan bagi mengatasi masalah kawasan klinik yang sesak, waktu menunggu yang lama dan tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter memkalumkan, selain itu mesin pengimbas ultrabunyi dan mesin bio kimia juga akan ditambah baik.
"Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan kesihatan primer selain memberi perkhidmatan yang baik," kata Khairy.
Terdahulu beliau melakukan pemeriksaan mengejut di klinik kesihatan tersebut.
(Foto Twitter Khairy Jamaluddin)