fb fb fb fb fb

Program MADANI Rakyat 2025, manfaatkan penduduk Sabah

Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media

KUALA LUMPUR, 30 April- Pelbagai program untuk manfaat penduduk tempatan disediakan dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang dijadualkan berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, pada 9 hingga 11 Mei depan.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Penjaja dan Peniaga Kecil Kerjasama Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Zamrud Yahya berkata, ia menyediakan 36 reruai pelbagai agensi kerajaan serta jualan MADANI dengan diskaun hingga 40 peratus untuk barangan asas.

Seramai 120 usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan 24 peniaga makanan tempatan akan mengambil bahagian dalam program yang diterajui KUSKOP.

"Kita ada segmen Jualan MADANI Yang akan menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang cukup murah sehingga potongan 30 hingga 40 peratus yang membabitkan 200 jenis barangan keperluan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Bertemakan `Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan', program dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani isu kemiskinan tegar secara mampan.

Majlis penutupan PMR 2025 Sabah pada 11 Mei depan akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 2.00 petang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI