fb fb fb fb fb

Konflik Rusia-Ukraine: 600 lagi tentera Korea Utara terkorban

Foto AFP

SEOUL, 30 April- Kira-kira 600 lagi tentera Korea Utara yang berjuang di pihak Rusia dalam konflik dengan Ukraine dilaporkan terbunuh setakat ini.

Ahli Jawatankuasa Perisikan Parlimen Korea Selatan, Lee Seong-kweun memaklumkan bahawa konflik berkenaan turut menyebabkan ribuan tentera lagi mengalami kecederaan.

"Jumlah keseluruhan korban tentera Korea Utara dianggarkan mencecah 4,700 orang, berdasarkan taklimat daripada agensi perisikan negara itu," katanya kepada media.

Terdahulu, Korea Utara buat pertama kalinya mengesahkan penghantaran tentera bagi berperang bersama pihak Rusia menentang tentera Ukraine, atas arahan pemimpin, Kim Jong-un.

Penghantaran itu adalah sumbangan penting Korea Utara dalam pembebasan wilayah Rusia yang diduduki Ukraine.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM