KUALA LUMPUR, 29 September- Inisiatif pas perjalanan tanpa had My50 atau seumpamanya perlu diteruskan dan ditambah baik dalam Bajet 2023.
Pensyarah Kanan Program Pengangkutan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Kampus Puncak Alam, Dr Shahrin Nasir berpandangan, ia merupakan usaha meringankan beban rakyat dalam aspek mobiliti sekaligus menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam.
"Kerana dengan adanya pas sebegini, ia telah memberi perjalanan tanpa had kepada pengguna dan perlu ada penambahbaikan dari segi beberapa inisiatif lain supaya keluarga pun boleh menggunakannya.
Saya berharap penggunaan pas sebegini bukan hanya diberi kepada satu operator sahaja, tetapi perlu diintegrasikan kepada operator lain," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.
(Dr Shahrin Nasir, Pensyarah Kanan Program Pengangkutan, Fakulti Pengurusan
dan Perniagaan UiTM Kampus Puncak Alam)
Beliau turut mencadangkan supaya insiatif sedemikian diperluas bukan hanya di sekitar Lembah Klang, malah ke kawasan lain agar dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.