fb fb fb fb fb

SOP baharu, persiapan hadapi tengkujuh di Terengganu

KUALA NERUS, 29 September- Prosedur operasi standard (SOP) baharu sedang diperkemaskan bagi menghadapi kemungkinan Terengganu mengalami banjir luar biasa seperti Februari lalu semasa monsun timur laut (MTL) dari November ini hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata SOP pemindahan penduduk terjejas banjir juga perlu diperkemaskan kerana pemindahan penduduk sebelum ini tidak diselaras walaupun sudah diarahkan berbuat demikian.

"SOP baharu sudah dibincangkan dan berjalan dengan lancar. Lepas ini akan bincang lagi untuk memperkemaskan SOP tersebut sebab kita belajar apa yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur. Jadi benda-benda macam ini kita ambil kira sebab di Terengganu dah biasa banjir yang luar biasa," kata beliau.

(SOP baharu, persiapan hadapi tengkujuh di Terengganu)

Terdahulu Tengku Farok Hussin yang juga setiausaha kerajaan negeri merasmikan Majlis Penutupan Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir di Kuala Nerus.

Latihan selama dua hari itu melibatkan 26 jabatan dan agensi di empat daerah iaitu Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Simulasi fizikal melibatkan penduduk setempat akan diadakan 26 Oktober ini.

(Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil)

 

Media Baharu