fb fb fb fb fb

3 hari Operasi Rentas Sempadan, 662 kenderaan diambil tindakan - JPJ

AYER KEROH, 29 September- 956 kenderaan telah diperiksa dan 662 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Selatan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bekerjasama dengan JPJ Johor dan JPJ Negeri Sembilan menjalankan Operasi Rentas Sempadan JPJ Zon Selatan selama 3 hari bermula 27 hingga 29 September.


(Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff)

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 556 kes dikenakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Antara kesalahan yang tertinggi iaitu memotong sebelah kiri sebanyak 252 notis diikuti dengan membawa lebih muatan (131 notis) dan Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah (121 notis).

Lain-lain kesalahan seperti Tidak Memakai Tali Pinggang, Tidak Memakai Topi Keledar, Menggunakan Telefon Bimbit, Memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.

“Kesalahan paling banyak adalah potong Q, sebab itu antara tumpuan kita di negeri Melaka ini sebanyak 252 kesalahan itu kita libatkan tiga lokasi utama kita satu cheng height , satu lagi di Bertam Malim dan satu lagi di Padang Keladi tiga tempat, tapi kita juga tumpu pada tempat tempat lain.”katanya kepada pemberita selepas Operasi Rentas Sempadan JPJ Zon Selatan di Ayer Keroh yang turut dihadiri Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf dan Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan.

Seramai 95 anggota yang terdiri daripada JPJ Melaka 71 anggota, JPJ Negeri Sembilan 12 anggota dan JPJ Johor 12 anggota ditugaskan untuk Ops berkenaan.

Operasi ini juga memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan barangan berkaitan kesalahan membawa lebih muatan dan memfokuskan 9 kesalahan utama yang boleh mengakibatkan risiko berlakunya kemalangan selain itu, mengeratkan hubungan silatuhrahim sesama pegawai dan anggota bagi JPJ Selatan.

Media Baharu