KUALA LUMPUR, 30 April- Empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah sekitar RM360 juta.
Ia melibatkan dana sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya bernilai RM1.3 bilion di Lembah Klang.
Kesemua suspek terdiri dari tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an hingga 70-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam ketika hadir memberi keterangan, antara pukul 4.00 hingga 6.00 petang.
Menurut sumber, kesalahan itu dipercayai berlaku antara tahun 2016 hingga 2017.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Hari ini, SPRM mengemukakan permohonan reman terhadap keempat-empat suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya.