fb fb fb fb fb

Peruntukan RM600,000 setiap tahun bagi program tanah terbiar di Kelantan

KOTA BHARU, 20 Julai- Sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi Program Tanah Terbiar di Kelantan setiap tahun.

Siling bagi program tersebut adalah RM20,000 per hektar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, 3 320.09 hektar tanah terbiar di Kelantan telah diusahakan sejak 2006 sehingga kini.


(Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Saripudin Tuan Ismail)

Jabatan Pertanian akan mengenal pasti permohonan daripada petani yang layak dan memenuhi syarat ditetapkan untuk tanah dibangunkan dengan tanaman sesuai.

Skop keutamaan tanaman diberi kepada komoditi yang tersenarai di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Bagi tanaman kekal, pengusaha digalakkan menanam tanaman selingan.

Ikon pembangunan tanah terbiar di negeri itu ialah tanaman kelapa di Gong Tengah, Semerak dan Tanaman Durian Kg Cheker, Pisang Menggala di Pasir Puteh dan Tanaman limau chukun di Kg Air Chanal, Tanah Merah.

Melalui Program Gerakan Pertanian Al Falah Pondok dan Tahfiz pula, kerajaan negeri memperuntukkan RM200,000 setiap tahun bagi membangunkan projek pertanian dan penternakan.

Tuan Saripudin menjawab soalan Adun Limbongan, Mohd Nazlan Mohd Hasbullah di Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu.

Media Baharu