fb fb fb fb fb

Perak syor tanah bawah RTB dibangunkan agensi kerajaan

(Gambar hiasan)

IPOH, 20 Julai- Perak mencadangkan rakyat yang masih belum mengusahakan tanah di bawah Rancangan Tanaman Berkelompok (RTB) agar menyerahkan tanah tersebut kepada agensi kerajaan untuk dibangunkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini kerana terdapat sebahagian tanah yang telah mendapat kebenaran tidak diusahakan oleh peserta.

(Saarani ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Tahun Kelima DUN
Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini/BERNAMA)

Jelas beliau, peserta terlibat boleh menubuhkan persatuan dan menyerahkan seluruh kawasan tanah kepada mana-mana agensi kerajaan untuk dibangunkan.

"Contoh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri, SADC, ada setengah bahagian memberikan kepada Felcra, ada setengah bahagian bagi kepada koperasi-koperasi besar yang ada kemampuan dan pengalaman untuk bangunkan tanah pertanian.

"Jadi saya setuju bila kerajaan telah memberikan, menganugerahkan tanah berkelompok, maka semua peserta berkenaan itu hendaklah sehati sejiwa menyerahkan kepada mana mana agensi untuk membangunkannya dan mereka akan dapat keuntungan secara dividen tahunan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim, pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14, di sini hari ini.

Media Baharu