fb fb fb fb fb

Lebih RM20 juta peruntukan bagi baik pulih jalan masuk utama ke Kelantan

KOTA BHARU, 20 Julai- Kerajaan Kelantan berharap Kementerian Jalan Raya meluluskan peruntukan RM20.55 juta bagi membaik pulih 22 lokasi yang menjadi laluan masuk ke negeri itu.

Ini termasuk tiga jalan utama iaitu Jalan Terengganu-Kota Bharu, Jalan Gua Musang-Kota Bharu dan Jalan Gerik-Jeli.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, proses baik pulih tertakluk kepada kelulusan peruntukan berdasarkan keupayaan kewangan kerajaan.


(Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor)

Jabatan Kerja Raya Kelantan telah mengenalpasti 16 lokasi kerosakan di jalan utama di Gua Musang dengan anggaran kos pembaikan RM14.9 juta, namun kelulusan hanya melibatkan tiga lokasi dengan kos RM2.55 juta.

Melalui Gerik, lapan lokasi perlu dibaiki dengan anggaran kos RM8 juta dan hanya lima lokasi diluluskan dengan peruntukan RM4.7 juta.

Melalui Terengganu pula, kos pembaikan melibatkan tujuh lokasi dengan anggaran RM5.75 juta, namun kelulusan hanya untuk satu lokasi dengan peruntukan RM850,000.

Azami menjawab soalan tambahan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu.

Media Baharu