KANGAR, 24 Julai - Penduduk terjejas akibat ribut di Perlis baru-baru ini terus dibantu oleh pejabat Parlimen Padang Besar.
Ia sebagai usaha untuk meringankan beban, sekali gus sebagai memberi semangat kepada penduduk terlibat.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), merangkap ahli parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata sebanyak RM50,000 diperuntukan kepada 148 buah rumah penduduk terjejas.
(Zahidi ketika ditemui media selepas
majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk terjejas ribut di Mata Ayer)
"Supaya mereka ini tidak terjejas, dan sekurang-kurangnya dapat mengubati kesedihan yang mereka alami. Kita juga akan melihat jika ada lagi keperluan yang mereka perlukan, dan kita akan terus membantu mereka ini," kata Zahidi di sini.
Bantuan turut diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) serta pejabat Menteri Besar Perlis.