fb fb fb fb fb

Perubahan cuaca tidak menentu: APM siap siaga hadapi risiko bencana

(Program Larian bersempena Dekad Platinum APM ke-70 tahun di Menara KL)

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana yang berkemungkinan melanda negara ekoran perubahan cuaca tidak menentu.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata pihaknya terus menyiapkan diri dengan latihan berterusan bagi memastikan kesemua anggota bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Masih lagi kita tidak dapat jangkakan sebab itu APM terus melatih dan menggalakkan anggota sama ada anggota tetap, sukarelawan dan CDERT (Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasaan Pertahanan Awam) ini untuk sentiasa terus berlatih. Kita tidak putus-putus.

"Orang awam juga boleh kalau mahu bersama-sama dengan kita setiap minggu di setiap negeri, di setiap daerah ada latihan-latihan tersebut," kata Aminurrahim selepas Program Larian bersempena Dekad Platinum APM ke-70 tahun di Menara Kuala Lumpur, di sini.

(Aminurrahim ditemu bual selepas Program Larian bersempena Dekad Platinum APM ke-70
tahun di Menara Kuala Lumpur)

Larian itu disertai 300 orang peserta terdiri daripada anggota, ahli bersekutu dan sukarelawan agensi tersebut.

Media Baharu