IPOH, 11 Jun - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM3.46 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi pelaksanaan beberapa projek naik taraf dan penyelenggaraan di bandaraya itu.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sebanyak enam projek akan dilaksanakan bermula Julai dan dijangka siap penghujung tahun nanti.
Jelasnya, projek naik taraf melibatkan kawasan Pasar Awam Kampung Simee dan Dataran Niaga Taman Cempaka.
Selain itu, kerja-kerja naik taraf jalan dilakukan di Persiaran Lapangan Siber, Bandar Seri Botani; Jalan Sungai Pari, Buntong; Jalan di kawasan Rumah Pangsa First Garden, Silibin serta membina longkang baru di Lorong Isaac, Buntong.
"Sukacita saya maklumkan merupakan bajet berasaskan prestasi, atau peruntukkan yang berlandaskan kepada perlaksanaan, bagi memastikan perkhidmatan dan fokus kpkt terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan, tidak ada pembaziran, ketirisan dan pemborosan, saya yakin majlis bandaraya ipoh akan melaksanakan yang terbaik untuk warga ipoh," kata Nga Kor Ming, pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Pasar Kampung Simee, di sini.
(FOTO FAIL)
Tambahnya lagi, penyaluran peruntukan tersebut diharap akan meningkatkan kualiti fasiliti awam di Ipoh selain mempergiat dan merancakkan ekonomi penduduk setempat.