fb fb fb fb fb

Terpengaruh iklan kerja punca rakyat Malaysia terperangkap

(FOTO HIASAN)

KULIM, 11 Jun - Terpengaruh dengan iklan kerja kosong melalui platform media sosial yang menawarkan gaji lumayan serta manfaat lain di luar negara menjadi antara faktor terdapat rakyat Malaysia yang pergi bekerja di negara terbabit sehingga terperangkap di sana.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ahli keluarga atau ibu bapa mereka akan melaporkan kepada pihak polis berhubung kehilangan anak mereka atau meminta bantuan supaya anak mereka diselamatkan setelah mangsa berada di luar negara.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Apabila mereka telah sampai ke sana dapati keadaan mereka lalui tidak sama seperti mereka diberitahu, jadi daripada situlah kemudiannya ada yang sempat menghubungi pihak polis," katanya kepada pemberita, di sini.

Media semalam melaporkan ibu kepada Chong Sum Yee, 22 tahun, wanita Malaysia yang dipercayai hilang di Chiang Mai, Thailand tidak mempercayai video anaknya itu mendakwa dirinya selamat dan sihat.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tentang kes kehilangan wanita itu dan setakat ini beliau belum menerima maklumat perkembangan semasa mengenai kes berkenaan.

Media Baharu