fb fb fb fb fb

Peruntukan RM2.25 juta untuk Projek Pemasangan Panel Solar PV di Perak

(Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) projek antara MHB dan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di Ipoh)

IPOH, 30 Ogos- Peruntukan bernilai RM2.25 juta bagi pelaksanaan Projek Pemasangan Panel Solar PV di 20 buah masjid Zon 2 di Perak

Pegawai Eksekutif Kumpulan MajuPerak Holdings Berhad (MHB), Nizran Noordin berkata, kawasan terlibat adalah Pengkalan Hulu, Perak Tengah, Manjung, Kuala Kangsar, Selama, Kerian dan Hulu Perak.

Usahasama Projek pemasangan secara berfasa ini akan dilaksanakan dengan United Solar Energy Sdn Bhd (USEM) melalui Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0.

Projek solar ini juga merupakan salah satu usaha ke arah penjimatan tenaga elektrik.

Menurut Nizran Noordin, Pegawai Eksekutif kumpulan MajuPerak Holdings Berhad (MHB), "kajian teknikal dijalankan dahulu oleh zon 2 di lebih kurang 85 buah masjid tetapi setelah selesai buat kajian teknikal cuma dikenal pasti 20 masjid sahaja yang sesuai."

Terdapat beberapa permasalahan yang menyukarkan projek ini dijalankan selain daripada masjid yang terpilih.

Tambah beliau, "masjid lain tak sesuai kerana masalah jenis atap, keadaan bumbung yang mungkin terlalu curam, keadaan masjid sedia seperti biasa semua sedia maklum semua kubah nak diletakkan solar panel pun ada kekangan di situ."

(Nizran Noordin, Pegawai Eksekutif kumpulan MajuPerak Holdings Berhad (MHB))

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 700 masjid dan seribu surau di negeri ini.

Pemasangan panel solar dilakukan secara percuma dan dijangka selesai Jun tahun depan.

Manakala urusan penyelenggaraan ditanggung oleh pihak USEM selama tempoh perjanjian berlangsung.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) projek antara MHB dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di Ipoh.

Media Baharu