fb fb fb fb fb

Kibaran Jalur Gemilang di sekitar laut Jambatan Pulau Pinang

(Salah seorang nelayan mengibarkan Jalur Gemilang)

GEORGE TOWN, 30 Ogos- Hampir 40 nelayan kawasan Batu Uban dan Gelugor tidak ketinggalan dalam menyambut merdeka dengan mengibarkan Jalur Gemilang di laut.

Semangat patriotisme kepada negara yang tidak berbelah bahagi, ditonjolkan oleh sekumpulan nelayan ini.

Terbaru, kira-kira 40 nelayan dari kawasan Sungai Gelugor dan Batu Uban menyusur persekitaran kawasan laut Jambatan Pulau Pinang untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurut Ali Haikal Saad, Pengerusi Unit Nelayan Sungai Gelugor berkongsi perasaan gembira kerana, "boleh dapat merasai bersama selama ni pun nelayan tak dapat merasai sekarang dapat. Alhamdullilah, semoga Malaysia terus maju dan jaya."

Lebih kurang 30 buah bot tersebut bergerak hampir 3km di tengah kedudukan Jambatan Pulau Pinang dalam usaha menyemai semangat patriotisme.

Turut hadir merasmikan majlis itu ialah Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abdul Razak Mohamed.

Beliau berkata demikian selepas aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang bersama masyarakat setempat.


(Nelayan kawasan Batu Uban dan Gelugor dalam program kibar Jalur Gemilang di laut)

 

Media Baharu