fb fb fb fb fb

Pasangan kekasih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik bayi

(Pasangan kekasih yang ditahanĀ atas pertuduhan menculik bayi berusia sembilan bulan)

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos- Seorang remaja perempuan dan kekasihnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan menculik bayi berusia sembilan bulan pada 24 Ogos lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh berusia 14 tahun dan teman lelakinya Muhammad Azrin Budimaeng yang berusia 18 tahun, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan dihadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati mencapai niat bersama menahan dengan cara melarikan secara salah di Tingkat 3, Blok 4 Pangsapuri Idaman Taman Pauh Perai, pada pukul 5.30 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala kedua tertuduh diwakili peguam, Fatin Nabila Hussin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat hanya waris kepada remaja perempuan itu dibenarkan menjadi penjamin.

Majistret menetapkan 3 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

(Mahkmah Bukit Mertajam, Pulau Pinang)

Media Baharu