fb fb fb fb fb

Kelab vateran komando Malaysia zahirkan semangat patriotik menerusi kembara merdeka beret hijau

KUALA NERUS, 30 Ogos - Bagi menzahirkan semangat patriotik, 44 ahli Kelab Veteran Komando Malaysia menyertai kembara merdeka beret hijau dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi.

Kembara edisi ke dua itu melibatkan perjalanan sejauh 1,603 kilometer dari Kem Sungai Udang Melaka ke Kem Iskandar di Johor.

Penyelaras program, Suhairil Isa berkata konvoi turut menziarahi rakan-rakan seperjuangan yang terdiri daripada veteran komando yang uzur dan mereka yang hilang upaya kekal akibat pertempuran dengan komunis.

(Penyelaras program kembara merdeka beret hijau, Suhairil Isa)

"Pada tahun ini kita rasa amat bertuah kerana kita ada mantan panglima angkatan tentera iaitu Jeneral Tan Sri Borhan Bin Ahmad yang hadir bersama dengan kita dan menyemarakkan lagilah dan bercerita macam mana dia orang berjuang dalam penubuhan komando dan macam-macamlah," katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan peserta kembara merdeka beret hijau siri 2/2022, di sini.

Antara lokasi yang disinggah kembara merdeka beret hijau termasuklah Taiping, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Media Baharu