fb fb fb fb fb

Peruntukan RM12.901 juta, naik taraf klinik daif di Pahang

(Foto Bernama)

KUANTAN, 28 Mei- Sejumlah RM12.901 juta diperuntukkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi projek menaik taraf klinik berstatus daif di negeri Pahang.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata 42 klinik telah dikenalpasti untuk dibaik pulih tahun ini, melibatkan semua daerah.

"Perolehan Alhamdulillah kita sudah selesai, jadi kita sedang tunggu kerja-kerja yang seterusnya.

"Proses insya-Allah kita akan mula membina…yang penting perolehanlah, jadi perolehan sudah dapat kerja-kerja lain mudahlah, insya-Allah," katanya.

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika bercakap
kepada pemberita hari ini di Kuantan/Foto Bernama)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bukit Goh, di sini hari ini.

Klinik tersebut antara 42 klinik daif yang akan diberi fokus pembaikan terutama dari segi kemudahan infrastruktur, ekoran peningkatan kehadiran pesakit menerima rawatan.

Dr Zaliha turut berkesempatan meninjau kemudahan dan fasiliti di klinik berkenaan selain menyantuni kakitangan kesihatan.

Media Baharu