fb fb fb fb fb

Penggubalan draf RUU Majlis Media dalam fasa akhir

IPOH, 28 Mei- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam fasa akhir menyiapkan draf Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata ia dijangka dibentangkan di Parlimen menjelang selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Penggubalan RUU itu bukti komitmen dan sokongan kerajaan untuk meningkatkan kebebasan media selain membantu pengamal media depani cabaran semasa.

"Kita akan majukan draf tersebut kepada pejabat peguam negara untuk penelitian dan seterusnya diangkat ke mesyuarat jemaah menteri.

"Setelah diterima dan diluluskan oleh jemaah menteri maka dia akan dibentang di parlimen," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini.

Perdana Menteri turut menyarankan Majlis Media untuk menguruskan edisi HAWANA seterusnya.

(Fahmi Fadzil)

 

Media Baharu