fb fb fb fb fb

Peruntukan RM10 juta untuk beli aset bot getah dan trak tujuh tan

SEGAMAT, 4 Mac- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melancarkan operasi membantu dan menyelamatkan penduduk terkesan banjir di kawasan sukar pada masa hadapan, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM10 juta kepada ATM untuk membeli bot getah dan trak tujuh tan bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, dua aset bantuan itu menjadi keperluan utama dalam usaha membantu penduduk terjejas banjir ketika ini khususnya di Johor yang menyaksikan angka terbesar hampir 40,000 penduduk terjejas ketika ini.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas melawat dan menyantuni
penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman Segamat, Johor)

Jelas beliau peruntukkan tersebut diluluskan pada mesyuarat pasca kabinet semalam. Ini kerana sebelum ini tentera menggunakan bot tempur dalam operasi pemindahan penduduk terjejas banjir dan aset tersebut tidak boleh digunakan di kawasan cetek kerana bentuk fizikal bot tersebut. Manakala lori digunakan bagi operasi pemindahan dan penghantaran

"Semasa mesyuarat post kabinet antara yang hendak dibeli atau pun peruntukan sekali sahaja 'one-off' yang dibagi, untuk kita membeli lebih banyak trak tujuh tan bagi menghadapi keadaan seperti ini, selain daripada bot-bot yang saya sebutkan tadi," katanya selepas melawat dan menyantuni mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman Segamat, Johor.

Tambah beliau, ATM telah menggerak semua asetnya dalam membantu penduduk terjejas banjir di negeri Johor kali ini.

ATM turut merancang membina jambatan Bailey yang menghubungkan Felda Selancar dan Rompin dalam tempoh terdekat.

Media Baharu