fb fb fb fb fb

Dua mangsa banjir di Johor positif COVID-19

(Zaliha melihat mesin Cardiovascular Ultra Sound System selepas merasmikan Serdang
Heart Diseases In Pregnancy Symposium (SHe-DIPS 2.0) di Hospital Serdang/BERNAMA)

SERDANG, 4 Mac- Dua kes COVID-19 di kesan dalam kalangan penduduk terjejas banjir di Johor, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Satu kes di Segamat dan satu lagi di Kluang.

Menurut beliau kedua-dua pesakit berkenaan stabil dan sedang menjalani isolasi di hospital daerah.

Beberapa langkah pencegahan telah diambil bagi menangani situasi tersebut.

"Dia menjadi program khas mana-mana PPS, biasanya pasukan kesihatan akan memantau di setiap PPS dan ada beberapa program yang mereka lakukan untuk elak jangkitan penyakit.

"Kita juga kalau melihat COVID kita buat saringan jugak. Setakat ini yang kita bimbang satu lagi leptospirosis yang juga berkaitan dengan banjir," kata Dr Zalih dalam sidang media selepas merasmikan Serdang Heart Disease in Pregnacy symposium di Hospital Serdang, di sini.

Mengenai mobilisasi bantuan pasukan perubatan dan kesihatan, beliau berkata jumlah anggota adalah mencukupi.

"KKM buat masa ini hanya menggerakkan mereka yang berdekatan. Ada sebahagian apabila diminta membantu dari Johor Bahru, Putrajaya kita hantarkan juga.

"Kita juga melibatkan NGO yang mahu membantu tapi saya galak NGO yang hendsk bantu daftar dengan PKD supaya kita tahu pergerakan mereka dan pantau," katanya.

Ketika ini , sebanyak 18 fasiliti KKM terjejas akibat banjir yang melanda Johor sejak 1 Mac lepas.

(Dr Zalih dalam sidang media selepas merasmikan Serdang Heart Disease in Pregnacy symposium
di Hospital Serdang)

Media Baharu