fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Melaka meningkat

MELAKA, 4 Mac- Penduduk terjejas banjir di Melaka terus meningkat setakat 12 tengah hari hari ini.

Seramai 380 penduduk terjejas banjir daripada 97 keluarga dicatatkan berbanding 379 penduduk terjejas banjir pagi tadi.

Sekretariat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan berkata, sebanyak 6 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri itu dengan pecahan 5 PPS di Jasin dan 1 di Alor Gajah.

 

PPS SK Parit Penghulu di Jasin mencatatkan penduduk terjejas banjir tertinggi iaitu 134 penduduk daripada 33 keluarga, PPS SK Parit Gantong dengan 61 penduduk daripada 23 keluarga dan PPS SK Batu Gajah seramai 109 penduduk daripada 22 keluarga.

Selain itu, PPS SK Seri Mendapat menempatkan 43 penduduk terjejas daripada 8 keluarga dan PPS SK Chohong pula seramai 18 penduduk daripada 4 keluarga.

Manakala di Alor Gajah, PPS Balai Raya Bukit Tambun mencatatkan 15 penduduk terjejas daripada 7 keluarga.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lf Kol (PA) Kamarulsyah Muslim dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan sehingga mencecah 100milimeter sehari menjadi antara punca banjir di Melaka terutama di Jasin.

Bagaimanapun katanya, kebanyakkan paras air di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini.

Media Baharu