fb fb fb fb fb

LADA dengan kerjasama pelancongan Satun, Thailand anjur kejohanan memancing

LANGKAWI, 4 Mac- Bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkerjasama dengan Pejabat Pelancongan Daerah Satun, Thailand bakal menganjurkan Kejohanan Memancing Satun-Langkawi 2023.

Program bakal berlangsung pada 16 hingga 19 Mac ini.

 
(Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Dr. Azmil Munif Bukhari)

Menurut Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Dr. Azmil Munif Bukhari, program ini dihidupkan kembali selepas terhenti akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata kepada media selepas program B2B Satun-Langkawi di Kuah, Langkawi.

Hadir sama, Presiden Persatuan Perniagaan Pelancongan Wilayah Satun, Samard Jaroenrit dan Pengurus Tourism Malaysia Langkawi, Mohd Fahmi Nordin.

Kali terakhir program ini dianjurkan pada tahun 2019.

Ia merupakan acara tahunan sebelum ini dimana Satun dan Langkawi bersilih ganti menjadi penganjur.

Bagi tahun ini Wilayah Satun akan menjadi tuan rumah manakala bagi tahun 2024 pula giliran Langkawi.

 

Media Baharu