fb fb fb fb fb

240 PPS dibuka di Johor

JOHOR, 4 Mac- Situasi banjir di Johor setakat 12 tengah hari tidak banyak berubah.

Seramai 37,258 penduduk daripada 10,792 keluarga berlindung di 240 pusat pemindahan sementara (PPS).

 
(Seorang wanita menolong suaminya menolak motor bagi mengharungi kawasan banjir)

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, sembilan daerah masih terjejas.

12,900 orang berlindung di 77 PPS di Segamat, 964 penduduk di lapan PPS di Mersing 5,285 orang di 39 PPS di Kluang, Kota Tinggi pula melibatkan 3,283 penduduk di 20 PPS dan 699 orang di lima PPS di Johor Bahru.

Manakala 358 penduduk di empat PPS di Pontian, 7,830 orang di 45 PPS di Batu Pahat, 3,278 orang di 19 PPS di Muar serta 2,661 orang di 23 PPS di Tangkak.

18 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat dan Kluang turut merekodkan aras bahaya.

Keadaan cuaca pula hujan di semua daerah.

Media Baharu