fb fb fb fb fb

Johor hargai bantuan segera banjir daripada kerajaan Persekutuan, negeri

JOHOR BAHRU, 4 Mac- Kerajaan Johor berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan segera banjir yang disalurkan kepada negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan sejawatannya dari negeri-negeri lain yang menggerakkan bantuan segera ke Johor.

Beliau mendoakan usaha kerajaan negeri dan Persekutuan dengan bantuan agensi, syarikat korporat serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor diberkati Allah.

Semua pihak diharap terus cekal berdepan ujian banjir dan dapat melalui tempoh mencabar ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera berjumlah RM50 juta kepada Johor bagi membantu mangsa banjir menghadapi bencana itu.

Turut menghulurkan bantuan; kerajaan negeri Terengganu, Pahang dan Selangor.

(Johor hargai bantuan segera banjir daripada kerajaan Persekutuan, negeri)

Media Baharu