fb fb fb fb fb

Kerja-kerja pembaikan paip utama di Jambatan Sungai Chaah dijangka siap hari ini

SEGAMAT, 4 Mac - Kerja-kerja pembaikan paip utama di Jambatan Sungai Chaah, di sini yang hanyut dan pecah akibat arus deras dijangka siap hari ini.

Setakat petang semalam, usaha pembaikan itu berada pada tahap 40 peratus.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan sebanyak 3,962 akaun pengguna terjejas dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan disebabkan paip percah berkenaan.

Lori-lori tangki air Ranhill SAJ sudah digerakkan untuk menyalurkan bekalan air ke kawasan terjejas, sementara paip dibaiki.

(Kerja-kerja pembaikan paip utama di Jambatan Sungai Chaah sedang dijalankan)

Media Baharu