fb fb fb fb fb

Hujan berterusan antara punca banjir di Melaka

MELAKA, 4 Mac - Antara punca berlakunya banjir di Melaka terutama di Jasin adalah disebabkan hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim dalam satu kenyataan berkata, bacaan tersebut diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lepas.

"Hujan berterusan itu menyebabkan peningkatan air sungai yang melimpah ke tebing sehingga menyebabkan banjir di kawasan sekitar.

"Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini,” katanya di sini.

Ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur-ansur ke laut.

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka hingga esok.

(FOTO FAIL)

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada pukul 8.00 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8.00 malam tadi.

Media Baharu