fb fb fb fb fb

Peruntukan mega bernilai RM393 bilion, perkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim - PM

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan besar sebanyak RM393 bilion untuk memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim dengan tempoh pelaksanaan secara berfasa selama 50 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui satu kenyataan berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM15 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan projek tebatan banjir mulai tahun 2023 sehingga 2030.

Menurut Ismail, pihaknya telah mengarahkan kementerian dan agensi terbabit meningkatkan penggunaan sumber air bawah tanah dan air hujan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap air terawat.

"Penggunaan sumber air alternatif yang murah dan mudah didapati ini perlu diambil kira dalam pembangunan infrastruktur serta bangunan baru," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Kerajaan juga bercadang untuk membina lebih banyak ‘struktur sabo’ di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing.

Mesyuarat hari ini juga telah mempertimbang dan bersetuju dengan tiga kertas pertimbangan termasuk Transformasi Sektor Air 2040, Pengiktirafan Perkhidmatan Makmal Kualiti Air dan Perkongsian Peta Hazard Banjir.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Majlis Air Negara (MAN) hari ini
bersama kementerian dan agensi terlibat)

Media Baharu