fb fb fb fb fb

Kepimpinan ketua kampung masyarakat orang asli bakal diperkasa - KPLB

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus memperkasakan kepimpinan ketua kampung masyarakat orang asli dalam usaha mendokong pembangunan kemajuan masyarakat orang asli.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia membantu kerajaan dalam mencorak masa depan masyarakat orang asli.

"Kita perlu latih mereka untuk biasa dengan data. Manfaatkan golongan anak muda di kampung kamu yang ada pendidikan baik di peringkat sekolah atau peringkat universiti. Beri mereka peluang dan ruang dengan bimbingan yang betul.

Jadi, saya minta Ketua Pengarah dan Pengarah-pengarah di negeri untuk latih ketua-ketua ini supaya mereka lebih dinamik untuk menjaga komuniti masyarakat di kampung mereka," kata Mahdzir dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu orang asli Bersama Pemimpin Tahun 2022 di Hotel Vivatel, hari ini.

Menurut beliau, melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), seramai 624 orang dilantik sebagai Batin dan Penghulu bagi mewakili 206,777 masyarakat orang asli pelbagai suku di seluruh negara.

Di samping itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata usaha Pemindahan Akta orang asli 134 bagi tujuan penambahbaikan akan diteruskan.

Kali terakhir akta itu dipinda adalah pada tahun 1967.


(Menteri KPLB, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan perkara tersebut dalam sidang
media selepas Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli
Bersama Pemimpin Tahun 2022 diĀ ibu negara)

Pada majlis yang sama, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut merasmikan Kad Pengenalan Tauliah Batin.

Penggunaan Kad Pengenalan itu bakal memudahkan pengecaman kuasa batin dan penghulu orang asli.

Selain memberikan keistimewaan tertentu kepada Batin dan Penghulu orang asli menerusi kerjasama dengan Maraliner, Bank Rakyat dan Aeon Big.

Menurut beliau, kerajaan juga membelanjakan sejumlah RM6.5 juta setahun bagi membayar elaun bulanan kepada Batin dan Penghulu.

Beliau memaklumkan, sejumlah RM274 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), tahun ini.

Peruntukan itu meningkat RM37.8 juta berbanding peruntukan tahun lalu.

Media Baharu